“Leads” umpama darah dalam apa saja perniagaan. Ianya tidak kira sama ada menjalankan bisnes online atau offline, bisnes yang berprofil tinggi atau berprofil biasa, anda tetap juga kena buat jualan. Dan jika anda ingin buat sale, anda mesti menghasilkan aliran yang mantap untuk dapat lead.
Anda akan ditunjukkan bagaimana sebenarnya saya menjana setiap “leads” rata-2 dalam 200 lead sebulan.
Untuk langkah pertamanya, sudah tentu anda harus setingkan dulu autoresponder anda. Autoresponder anda pula ibarat tulang belakang pada semua “lead generation” dan email kempen marketing.
Autoresponder sebenarnya mudah untuk disetingkan dengan mesej ringkas yang menerangkan kepada prospek anda tentang produk atau syarikat yang anda sedang jalankan. Beritahu mereka apa yang sedang anda tawarkan, dan jemput mereka ke website anda untuk maklumat lanjut (dan seterusnya melakukan pembelian).
Atau anda boleh setingkan beberapa siri email kempen seperti yang saya lakukan di autoresponder saya sama ada dihantar setiap hari, setiap minggu, bulanan atau terserah pada anda. Ini semuanya bergantung apa yang anda tawarkan, apa yang menjadi keutamaan pasaran dan “jangkaannya pasaran dimasa hadapan”.
Sebenarnya buat email kempen ini tidak semestinya anda perlu mengikut gaya penulisan secara sempurna, anda bukan menulis novel, atau buku tetapi anda mengarang sesuatu yang menggambarkan secara ringkas dan jelas sama ada tentang syarikat, produk anda atau apa yang anda tawarkan untuk dijualkan. Cumanya gaya karangan anda janganlah menggunakan bahasa yang kurang difahami atau bahasa yang terlalu berat sebaliknya biar berhemat dan jelas. Anda cuma perlu menerangkan dengan seringkasnya tentang apa yang anda tawarkan dan bersedia untuk dihantar kepada kumpulan sasaran anda dengan menyiapkannya didalam autoresponder anda.. Anda juga boleh sepanjang masa (dan sepatutnya) membuat pelarasan dari masa ke semasa dalam memperbaiki lagi.
Sekali saja autoresponder anda disiapkan walaupun sekurang-2nya satu saja email kempen, anda sudah boleh mula menjalankan kerja-2 promote bisnes/produk anda supaya nanti ada pengunjung datang ke website anda dan ada yang berminat dengan tawaran anda tersebut.
Jadi disini caranya saya tunjukkan dengan tepat langkah saya ambil secara “a constant steady flow of leads for my offers”: aliran yang konsisten cara mendapat lead dari tawaran yang saya tawarkan:
1. Pertama, saya setingkan dulu trafficwave autoresponder saya dengan semua email follow up(email kempen) yang berkaitan dengan apa yang saya tawarkan di internet melalui blog atau website.
2. Kedua, saya buat satu blog, nama dan tema mengikut bisnes yang saya jalankan. (Percuma daftar)
Seperti blog saya ini http://2newbizbuilder.blogspot.com/2011/10/pelajari-kaedah-senang-buat-website.html
3. Ketiga, saya siapkan borang pengesahan (Subscription form) Autoresponder dan pastikan disertakan sekali pautan link dengan;
· Hosted Capture Pages
· Website saya.
· Blog saya.
4. Kemudian saya setingkan baner untuk iklan dalam akaun trafficwave.net dan “halakan arah tuju”(point kan arahnya nak kemana) yang saya mahukan sama ada terus blog saya seperti contoh yang saya buat ini, atau ke website saya ataupun ke Capture page(Web Page,Landing Page).
5. Saya juga ada setingkan halaman FFA untuk iklan saya di website berkenaan sama ada tentang laporan percuma yang berkaitan dengan apa yang saya tawarkan untuk yang berkenaan. Apabila berminat dan mereka klik, (link tersebut ada didalam iklan tersebut), dan kemudian mereka akan dihalakan secara automatik ke salah satu dari capture page saya.
6. Saya juga seting kan satu akaun di laman sosial seperti twitter, myspace.com dan facebook (Daftar percuma) untuk dihubungkan nanti ke sistem autoresponder saya dalam siri email kempen(email follow-up) saya melalui Capture Page saya.
Anda juga boleh follow saya di http://www.twitter.com/zullazmi
7. Saya juga setingkan “akaun author” dalam dua artikel direktori kesukaan saya (Percuma).
8. Saya juga memastikan “Email Signature” saya link saling “berpaut” dengan website, blog saya atau hosted capture page.
9. Saya juga sertai perbincangan di forum. Anda juga boleh mencari forum yang berkaitan dengan market produk anda. Ini boleh dengan mudah didapati di google atau “nichi” yang memberi anda senarai komen-2berkesan yang bermula dengan sesuatu tajuk.
10. Saya juga setingkan akaun AdWords di google.com
http://www.google.com/intl/en/ads/
Jadi kenapa saya setingkan semua ini dan bagaimana saya membina leads dengan mereka?
AutoResponder Saya
Autoresponder adalah control utama(Control center) dari semua generasi lead yang anda bina dalam pengurusan utama. Autoresponder adalah dimana anda akan menguruskan semua lead anda. Autoresponder juga adalah tempat dimana anda membuat semuanya, mengurus, meng-edit semua email kempen (follow-up mesej), melakukan “pemberitahuan” dan lain-2nya.
Blog Saya
Blog tidak susah sebenarnya nak disiapkan, sesetangah orang inginkan anda berfikir susah buat blog. Fikirkan blog anda adalah seperti jurnal awam yang mana anda boleh berkongsi pendapat anda, pengalaman, update maklumat terkini, latarbelakang, panduan maklumat percuma seperti blog saya ini ataupun menjual sesuatu di blog.
Seperti website juga, fikirkan dan jadikan blog anda adalah tempat online dimana anda jadikan blog anda tempat khusus perbincangan bersama kawan atau persatuan anda. Tatacara anda poskan sesuatu hal di blog haruslah gambarannya jelas, sesuatu yang informatif, menggembirakan dan maklumat yang releven yang berkaitan dengan apa jenis perniagaan anda.
Secara peribadi, seperti yang anda lihat, saya guna blog saya ini sebagai menyampaikan maklumat untuk para subscribers (follower) saya dan rakan bisnes saya. Termasuk juga saya menjana banyak lead dari blog. Saya gunakan blog untuk menerangkan bagaimana bisnes berjalan dengan autoresponder, teknik-2terbaru atau develop sesuatu yang baru bersama.
Anda lihat juga di blog saya ada borang pengesahan (Subscription Forms), saya sememangnya meletakkan borang pengesahan (subscription form) dalam blog saya ini. Kerana jika ada visitor yang melawat di blog saya secara tidak sengaja yang datang melalui google atau lain-2, dengan harapan visitor tersebut mendaftarkan dulu sebagai subscriber di borang pengesahan (percuma daftar) bagi menerima maklumat-2berkaitan dengan banyak lagi berkaitan autoresponder ini.
Borang pengesahan (Subscription Forms)
Autoresponder anda tidak akan berfungsi atau melakukan kerjanya dengan sebaiknya jika tiada siapa yang tahu (common direction) bagaimana mahu bertanya tentang maklumat berkaitan jika visitor berminat kerana tiada borang pengesahan disitu. Jadi inilah dimana fungsinya borang tersebut jika mereka berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut dengan yang anda tawarkan mereka boleh masukkan nama dan email mereka di borang tersebut. Dengan itu anda boleh pastikan segala maklumat yang anda ingin berikan kepada mereka dapat diserahkan dihantar diwaktu-2yang lain juga.
Pastikan anda ada meletakkan borang tersebut di website anda atau blog. Pastikan juga anda telah buat “Hosted Capture Form”. Jika anda masih belum faham apa itu Hosted Capture form tersebut saya akan terangkan nanti di email anda nanti atau di video AutoMLMAnda.
Iklan Banner
Akaun trafficwave.net anda ada mempunyai banner untuk pengiklanan. Banner tersebut telah si setingkan link anda secara automatik untuk anda melakukan pengiklanan autoresponder trafficwave.net ini. Anda juga boleh setingkan sendiri banner kemudian apabila ada yang klik, anda boleh arahkan terus mereka ke capture form anda, borang pengesahan (Subscription Form). Iklan banner digunakan untuk menjemput prospek datang ke website atau blog yang mana anda ada menawarkan tawaran, kelebihan, laporan percuma(free Report) atau pertanyaan maklumat lanjut. Saya sebenarnya tidak perlu sangat buat apa-2 dengan iklan banner tersebut kerana ianya ibarat berfungsi sebagai autopilot kecil, alat yang tipikal dalam membawa lead dari 7 ke 12 dari mana-2 untuk saya setiap bulan.
Halaman FFA
Tidak semua orang ada halaman FFA untuk lead. Dalam kes saya, ia berfungsi kerana dapat membantu orang-orang yang mahu menjual sesuatu di internet dan saya menawarkan alat-alat bantuan untuk membantu mereka pasarkan, mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan lagi. Bahagian yang terbaiknya iailah saya setingkannya Perkara yang utama dan kemudia biarkan ianya berfungsi sendiri. Saya akan dapat dari mana-mana 10-20 lead baru setiap bulan dari cara pilihan ini. Saya juga memeriksa setiap beberapa bulan melihat sekiranya ada respon dari jawapan tersebut sama ada masih konsistan atau perlu saya membuat perubahan supaya boleh membantu mereka dalam memajukan bisnes.
Laman Sosial
Laman sosial yang top sekarang ini adalah seperti twitter, myspace dan facebook.
NOTA: Bekerja dengan menggunakan blog dan laman sosial memang menyeronokkan tetapi terdapat satu perkata kecil yang harus diambil kira. Jangan guna ayat seperti yang sesetengah mereka gunakan seperti “hey, mahu membeli barang-barang saya?”. Sebenarnya anda kena ambil masa untuk membina hubungan yang baik. Buat hubungan baik dan mengambil tahu sedikit perihal member lain dalam rangkaian anda. Menyertai beberapa perbualan. Menjadikan orang tahu kewujudan anda. Apabila rangkaian sosial anda mula belajar tentang anda, apabila masanya datang apabila seseorang itu berfikir dan ingin bertanya, “hai kawan....saya perlu mencari seseorang yang boleh menningkatkan lagi........” dan apabila mereka mula pula berfikir tentang anda. Jadi mulakan dari satu komen di laman sosial anda seperti facebook, twitter atau myspace.
Sebagai contoh: katakan anda ada menjual widget berwarna merah jampu. Seperti yang anda tahu orang dalam rangkaian anda mengetahui yang anda ini seorang pembekal utama widget merah jambu. Anda semestinyalah bertindak dengan cara bertanggungjawab dan profesional dalam pelbagai rangkaian anda dan itu adalah sebahagian daripadanya. Orang akan mula suka dan mula mempercayai anda. Apabila seseorang akan bertanya, “hai..... adakah kamu tahu dimana saya boleh mendapatkan widget gizmos merah jambu?”. Kemudian mereka atau rakan-rakan mereka yang lain dalam rangkaian mereka juga akan ingat bahawa ANDA adalah orang berkaitan dengan Widget gizmos dan pergi kepada mereka.
Pemasaran Artikel
Kembali semula ke cerita widget gizmos merah jambu itu tadi, kerana anda tahu sesuatu tentang mereka, saya yakin ianya selamat apabila anda ingin menyatakan sesuatu rencana tentang mereka di artikel anda, menjadikan mereka contoh pada yang lain. Perkara pemasaran artikel adalah seperti berikut:
· Membina kredibiliti anda sebagai seorang yang pakar dalam bidang anda.
· Dapatkan publisiti percuma.
· Dapatkan pautan link percuma ke blog atau website anda.
Jika anda tidak tahu menulis mengarang buat masa ni, anda boleh tengok contoh-2 di emali kempen saya nanti yang akan dihantar ke email anda nanti. Jika anda belum mendaftarkan sebagai subscriber diborang yang terdapat dalam blog ini, sila subscribe dulu.
Dapatkan point-2penting dan buat artikel dan lakukan sekerap yang mungkin. Jika anda fikir anda tidak boleh menulis mengarang sama sekali, anda boleh dapatkan perkhidmatan dari website ideaMarketer. Untuk perkhidmatan menulis mengarang dimana mereka boleh menulis mengarang artikel bagi pihak anda.
Tandatangan Email (Email Signature)
Dalam setiap e-mail program, saya sedar kita mempunyai pilihan dalam Tandatangan E-mail. Ia adalah dimana anda boleh membuat teks yang sikit dibahagian bawah yang akan muncul secara automatik apabila email-email anda dihantar. Teks yang sedikit yang mengandungi seperti nama anda ,no tel(pilihan), satu baris link tentang tawaran anda, email anda, link blog atau website, atau link capture page. Setiap kali anda menghantar email, membalas email, setingkan email kempen dan sebagainya...sedikit teks tandatangan email anda sangat membantu untuk mengenal pasti anda sebagai seorang pakar dalam bidang anda.
Forum Perbincangan
Setiap industri ada forum perbincangannya sendiri. Mereka boleh mencari cara terbaik untuk mendapatkan maklumat, tips dan mengemaskinikan kepada perubahan yang lebih baik lagi dala industri anda. Saya sangat mengesyorkan supaya anda menyertai beberapa forum yang efektif untuk beberapa sebab:
· Anda boleh mempelajari yang baru.
· Anda boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda sendiri
· Tandatangan - Tiap-2 forum perbincangan yang anda sertai anda jangan lupa tinggalkan tandatangan anda seperti tandatangan email. Ianya akan selalu muncul dibawah mana-2 mesej yang anda post dalam forum tersebut.
Berikut adalah beberapa tips untuk pengalaman anda dalam perbincangan forum: Kembali kepada gambaran yang saya tunjukkan di atas tadi yang mana seseorang yang berkata “hey mahu beli barang-barang saya?”. Seperti yang disarankan diatas tadi yang anda kena ambil masa untuk membina hubungan yang baik, dan juga anda harus membina kredibiliti dan membiarkan orang-2 dapat tahu kewujudan anda. Ambil bahagian dalam beberapa perbincangan yang berkaitan. Tawarkan pandangan dan input anda sendiri. Anda jangan hanya membalas dengan perkara-perkara seperti, "post yang baik" atau "Saya setuju(I agree)". ini juga adalah seperti spam. Ini hanya seperti percubaan terang-terangan hanya semata-2 mahu tandatangan anda dilihat. Ini menyebabkan orang lain yang turut dalam perbincangan tersebut dengan cepat saja mengabaikan siaran post anda atau lebih teruk lagi pentadbir mungkin menghalang anda dari mengakses forum. Ambil lah masa. Dapatkan satu forum berkaitan. Biarkan ahli-2 lain dapat mengenali anda. Bersabar dalam menjadikan diri anda diterima oleh semua sebagai pakar yang berwibawa dan seorang yang profesional. Itulah permulaan cara lead datang kepada anda!
Google AdWords
Google Adwords sangat mudah sebagai pengajar bagi keseluruhan didalamnya dengan sendirinya. Tetapi saya menyatakan: Akaun google AdWords bekerja dengan baik sekali untuk ambil masa untuk mempelajari dan menggunakaannya. Saya tidak tawarkan wang yang tinggi untuk dapatkan keyword(kata kunci) yang popular. Sebaliknya, saya hanya melihat keyword-2 “utama” yang tidak popular daripada pesaing saya yang membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkan keyword yang popular. Ini dipanggil “Rantaian keyword” dan boleh menguntungkan.
Google mempunyai beberapa tutorial yang sangat baik dalam mengajar mereka menggunakannya dan saya cadangkan menggalakkan anda untuk menjadi seorang yang belajar sistem Google AdWords ini. Kemudian bermula dengan bajet yang kecil untuk menguji hasil keputusan anda. Seperti yang anda mula untuk melihat hasil yang cemerlang. Anda boleh guna wang daripada hasil jualan anda untuk meningkatkan bajet anda dari masa ke semasa.
Ringkasan
Sumber-sumber ini digabungkan dengan pengurusan yang konsisten dan mempelbagaikan iklan dari masa ke semasa secara konsisten mampu menjana 200 + setiap bulan untuk saya. Dan ini harus dijadikan target yang paling utama dan lead yang responsif.
Jangan kecewa jika anda masih baru dalam dunia internet terutama belajar autoresponder ini dan tiada masalah jika anda kurang faham akan semua teknik ini. Yang penting anda cari masa yang sesuai dan mulakan langkah pertama untuk belajar. Pedulikan "kata-kata" yang bermain difikiran anda yang mengatakan anda masih ini baru, yang pentingnya bila anda terus melalui proses “try & error” lama-2 anda akan faham semua kaedah tersebut, itu lebih baik. Daripada anda sentiasa berasa yang anda seorang yang baru dalam dunia ini. Belajar dan melakukan percubaan. Dan pastikan anda berjaya mahirkan satu teknik dulu baru terus kepada teknik yang lain pula. Dan yang paling penting juga anda haruslah sentiasa konsisten dengan mengambil tindakan setiap hari. Lama kelamaan siapa tahu anda sudah mahir akan semua ini. Selamat mencuba dan berjaya...
Zull Azmi
012 – 7606404
0 comments:
Post a Comment