AutoBisnesAnda - Bagaimana Jadikan Bisnes Anda atau apa yang Anda inginkan "Berfungsi" dengan Sendiri di Internet?
Sistem apakah yang menjadikan bisnes anda atau apa yang anda inginkan berfungsi sendiri di internet?
Sistem yang dimaksudkan adalah sistem autoresponder!
Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya ini. Saya akan terangkan sedikit tentang autoresponder ini.
Apa itu autoresponder?
Autoresponder sebenarnya adalah sistem “respon automatik” terhadap pelawat, prospek dan pelanggan anda berkaitan apa yang anda tawarkan di internet. Autoresponder juga adalah sistem yang mana “mengumpulkan subcsriber” (follower) masuk ke dalam senarai prospek list perniagaan anda yang datang mengunjungi website atau blog anda. Autoresponder juga sangat membantu dalam melakukan “kerja-kerja follow-up” di internet.
Memahami Istilah-istilah penting pengetahuan asas autoresponder
seperti Capture Form, Web Form, Subscribe, Opt-In, Landing Page, Squeeze Page,
Confirmation, Confirmation Link, Thank You Page
( Sumbangan AutoMLMAnda )
Autoresponder sangat membantu dalam menjadikan pelawat yang mengunjungi website atau blog anda "berpontensi" menjadi pelanggan anda. Ini seterusnya meningkatkan lagi jualan anda. Meningkatkan wang masuk kedalam poket anda!
Autoresponder juga sangat membantu dalam email “Pemberitahuan terkini” melalui email dihantar ke email subcsriber anda secara serentak. Saya ambil contoh jika subcsriber anda ada 5000 ribu atau 50 000 ribu sekalipun, dengan sekali klik saja email pemberitahuan anda akan dihantar serentak ke 5000 atau 50 000 orang tersebut dan yang paling menariknya nama mereka akan disebut satu-satu yang berlainan nama dalam ramai-ramai itu. Contoh pemberitahuan terkini, jika anda mengajak mereka datang ke kedai kerana anda ada menawarkan diskaun hujung tahun ataupun menjemput mereka ke rumah terbuka. Subscriber yang ramai juga adalah kunci kejayaan IM.
Sistem autoresponder ini melibatkan borang Opt-in, halaman tertentu seperti landing page, webpage subsctiop form yang dipautkan bersama, email kempen, email follow-up dan kesemuanya berada dalam satu sistem utama iaitu autoresponder. Semua ini disatukan dalam autoresponder supaya memudahkan lagi kerja-kerja promosi yang dijalankan di internet.
Autoresponder juga “tidak hanya untuk mereka yang mencari keuntungan di internet saja”, tetapi juga untuk mereka yang terbabit dalam penulisan, persatuan, pemuzik, pelajar, doktor, artis, ahli sukan, organizer, hobi kesukaan tertentu, seorang pekerja, seorang penerbit dan banyak lagi seperti yang saya tunjukkan dalam iklan kempen promosi saya. Autoresponder ini sangat membantu dalam hal penyampaian maklumat dengan berkesan dan cemerlang.
Autoresponder ada yang Percuma dan Berbayar
Di internet autoresponder ini ada yang percuma dan berbayar. Anda boleh memilih sama da mahu yang percuma dan yang berbayar. Tetapi kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan. Yang percuma kelebihannya seperti yang tahu dimana anda tidak perlu membayar dan anda boleh gunakan untuk belajar. Kelemahannya yang percuma ini pula adalah risiko “penamatan tanpa pemberitahuan”. Bagi seorang peniaga internet, ini adalah sangat berisiko apabila subcsriber anda semakin meningkat sehingga ada yang mencecah ke 5000 orang tiba-tiba hilang begitu saja. Satu kerugian besar. Kelemahan lainnya apabila subscriber mula meningkat mereka akan mula mengenakan bayaran yang tinggi sehingga membuat anda tiada pilihan, jika anda tidak membayar anda akan kehilangan kesemua subcsriber anda yang anda kumpulkan dari perniagaan anda. Bayaran yang dikenakan juga agak tinggi.
Bagi yang berbayar pula, kelemahannya adalah anda kena keluarkan kos wang ringgit membayar sewa setiap bulan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada yang apabila semakin ramai subcsriber, mereka akan menaikkan sewa bulanan dari $20 $30 $40 $50 mengikut berapa ramai subcsriber anda. Adalah menjadi masalahnya apabila subscriber anda mula berjinak-jinak dengan perniagaan yang anda tawarkan. Ini akan menjadi beban jika dinaikkan sewa bulanan. Bagaimana pula dengan kelebihannya menggunakan yang berbayar pula? Kelebihan menggunakan yang berbayar terletak pada syarikat yang menawarkan autoresponder tersebut. Jika anda lihat di internet ada berpuluh-puluh syarikat yang menyediakan autoresponder. tetapi ada satu syarikat yang menyediakan sistem autoresponder yang bagus untuk memudahkan perniagaan anda sekaligus jika anda mengesyorkan kawan menggunakan autoresponder mereka, anda akan dibayar komisen yang tinggi. Syarikat ini akan membayar komisen 100% melalui cek dalam tempoh dua minggu. Anda boleh pilih untuk menyertai affiliate mereka. Disamping anda guna autoresponder untuk mengembangkan perniagaan anda sendiri, anda juga boleh dapat komisen dari autoresponder tersebut. Bolehlah menampung sedikit kos-kos perniagaan anda yang lain. Kelebihan lainnya adalah syarikat ini tidak akan mengenakan bayaran sewa tambahan jika subcsriber anda semakin meningkat, tanpa had. Dan anda boleh ada seberapa banyak kempen autoresponder dalam akaun mereka tanpa had. Anda juga boleh mempunyai seberapa banyak email kempen dan email follow-up tanpa had. Tiada langsung “hidden cost”.Bayarannya tetap sama sampai bila-bila. Anda juga boleh melihat kredibiliti, reputasi syarikat tersebut dimana-mana forum di internet, Google dan Yourtube. Syarikat ini juga menyediakan 30 hari percubaan bagi memantapkan cara guna autoresponder tersebut. Dalam tempoh tersebut anda tidak perlu bayar apa-apa.
Saya sebenarnya mengesyorkan anda menggunakan autoresponder yang berbayar kerana yang percuma adalah sangat berisiko seperti yang saya sebutkan tadi. Yang percuma adakalanya dalam 99% operasi, 1% tidak operasi kerana sistem disusun semula. seperti 24 jam operasi, 1 jam tidak beroperasi kerana sistem disusun semula. Bayangkan ketika waktu ada orang yang ingin mendaftar sebagai subcsriber anda dari promosi yang anda jalankan di internet. Anda “berkemungkinan” terlepas pelawat yang bakal menjadi prospek anda seterusnyabakal menjadi pelanggan anda. Akhir kata terima kasih sekali lagi kerana anda sudi meluangkan masa melawat di blog saya. Dan jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang autoresponder ini dan untuk mengetahui syarikat yang bagus yang menyediakan 30 hari percubaan autoresponder yang saya sebutkan diatas tadi dan juga jika anda berminat belajar cara guna sistem autoresponder secara percuma bolehlah mendaftar borang dibawah ini. Sekian terima kasih.
Zull Azmi
Jumaat, 25 November 2011
Untuk langkah seterusnya bagaimana anda juga boleh menjana wang setiap bulan dengan autoresponder ini, sila isikan nama dan email anda pada borang dibawah ini.
0 comments:
Post a Comment